Select Page

Privacy Notice

Privacy matters, and we take it seriously!

Privacy

This privacy notice explains how we collect, use, and protect the personal information of job applicants.

Kepada Kakitangan-kakitangan atau calon-calon kakitangan Yang Dihormati,

Adalah dimaklumkan bahawa, Melaka ICT Holdings Sdn Bhd dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya (yang selepas ini disebut sebagai “pihak syarikat” atau “kami”), sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965, dengan ini melaksanakan pematuhan kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”) yang bertujuan memberi perlindungan kepada maklumat peribadi kakitangan kami yang akan diproses untuk sebarang tujuan termasuk transaksi komersil yang selaras dengan semua undang-undang berkenaan, perintah dan peraturan Malaysia.

Selaras dengan APDP, pihak syarikat adalah komited dalam melindungi rahsia, keselamatan dan integriti maklumat peribadi kakitangan yang dikekalkan oleh / disediakan kepada Bahagian Sumber Manusia. Pihak syarikat akan mengambil setiap langkah yang munasabah untuk melindungi maklumat-maklumat peribadi kakitangan daripada hilang, disalahguna dan/atau diubahsuai.

Maklumat peribadi yang diperolehi oleh pihak syarikat daripada kakitangan / calon kakitangan termasuklah tetapi tidak hanya terhad kepada nama, nombor kad pengenalan, nombor pasport, nombor akaun bank, alamat tetap/semasa, tarikh lahir, bangsa, agama, jantina, bahasa komunikasi, nombor telefon, alamat e-mel, gambar, kelayakan akademik, maklumat kesihatan serta lain-lain maklumat di dalam fail peribadi (“Maklumat Peribadi”).

Tujuan Penggunaan Maklumat Peribadi

Maklumat Peribadi kakitangan / calon kakitangan yang telah diperolehi dan diproses (iaitu melakukan sesuatu terhadap maklumat tersebut termasuklah mengakses dan membaca, mengumpul, merekod, memegang, menyimpan, menyusun, memusnahkan dan sebagainya) oleh pihak syarikat adalah termasuk tetapi tidak hanya terhad bagi tujuan-tujuan yang berikut:

1) Pengambilan dan Penempatan Kakitangan;

  • Untuk membantu calon-calon kakitangan yang baru untuk mendapatkan jawatan yang sesuai di syarikat kami

2) Pengurusan Rekod

  • Untuk mengurus dan memastikan bahawa Maklumat Peribadi dan rekod-rekod pekerjaan dikemaskini dengan tepat pada setiap masa (contoh: gaji, perubatan, nombor akaun bank, jawatan, faedah-faedahpekerjaan, cuti, caruman badan berkanun dan rekod cukai pendapatan peribadi);

3) Pembayaran Gaji

  • Untuk memproses dan membayar gaji atau sebarang bayaran berbentuk wang kepada kakitangan ke dalammana-mana akaun bank/institusi kewangan yang telah dipilih oleh pihak syarikat di dalam tempoh yangtelah ditetapkan;

4) Latihan dan Pembangunan

  • Untuk mengenalpasti keperluan latihan dan pembangunan yang diperlukan bagi menambahbaikanpengetahuan dan kemahiran kerja kakitangan di syarikat kami;

5) Keperluan Undang-Undang

  • Untuk menyediakan maklumat terperinci Kakitangan kami yang bersesuaian/diperlukan oleh badan-badanperundangan/berkanun dan jabatan-jabatan kerajaan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Lembaga Hasil Dalam Negeri, Pihak Berkuasa,Jabatan Tenaga Kerja dan Perhubungan Perusahaan, Mahkamah dan institusi lain yang berkenaan;

6) Perlindungan Insurans

  • Untuk menyediakan Maklumat Peribadi kakitangan kepada syarikat insurans yang dilantik oleh pihak syarikatbagi tujuan penyediaan perlindungan insurans kepada kakitangan kami;

7) Pemindahan Data Ke Lain-Lain Lokasi

  • Sekiranya/apabila pihak syarikat memutuskan adalah perlu/lebih baik bagi tujuan penyimpanan maklumatatau pemprosesan atau meyediakan mana-mana perkhidmatan untuk kakitangan kami yang memerlukanpemindahan Maklumat Peribadi kakitangan kepada syarikat-syarikat berkenaan yang lain atau pihak ketigayang memberikan perkhidmatan tertentu kepada kami dengan jaminan kerahsiaan dan mengambillangkah-langkah keselamatan bagi melindungi maklumat-maklumat yang diproses itu.

Akses dan Pembetulan: Kami boleh membantu kakitangan untuk mengakses dan membetulkan Maklumat Peribadi kakitangan yang disimpan oleh kami. Sekiranya kakitangan ingin mengakses Maklumat Peribadi kakitangan di dalam pemilikan syarikat, atau di mana kakitangan berpendapat bahawa Maklumat Perbadi tersebut yang dipegang oleh syarikat adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak dikemaskini, kakitangan boleh menulis secara rasmi kepada Bahagian Sumber Manusia.

Pendedahan: Pihak syarikat tidak akan mendedahkan Maklumat Peribadi yang telah diberikan oleh kakitangan kepada pihak ketiga kecuali jika kami mempercayai ianya adalah sah daripada segi undang-undang. Walau bagaimanapun, terdapat kemungkinan untuk pihak syarikat mendedahkan/memberi Maklumat Peribadi kakitangan sebagai mematuhi mana-mana peraturan perundangan yang berhubungkait dengan perniagaan atau perkhidmatan syarikat. Pihak syarikat juga perlu berbuat demikian sekiranya terdapat keperluan bagi mana-mana undang-undang yang berkaitan, peraturan, arahan, perintah mahkamah, peruntukan perundangan, garis panduan, pekeliling mahupun sebarang kod etika yang terpakai kepada pihak syarikat mahupun syarikat-syarikat berkaitan.

Pilihan Berkaitan Pendedahan, Penyimpanan dan Penggunaan Maklumat Peribadi: Kakitangan boleh meminta akses atau membuat pembetulan kepada Maklumat Peribadi kakitangan atau mengehadkan pemprosesan itu pada bila-bila masa selepas ini dengan menghubungi Bahagian Sumber Manusia.

Cookies: Cookies yang dihasilkan oleh pelayan web hanya akan digunakan untuk mengumpul maklumat bagi mengenal pasti layaran anda yang akan datang. Cookies ini tidak akan merekodkan data secara kekal dan tidak juga disimpan di dalam pemacu keras komputer anda. Ianya akan dipadam sebaik sahaja anda meninggalkan laman web ini.

Kami percaya bahawa kakitangan memberi kebenaran dan bersetuju dengan syarat-syarat berkenaan pemprosesan Maklumat Peribadi kakitangan. Jika kakitangan tidak bersetuju, kakitangan boleh menghubungi Bahagian Sumber Manusia untuk mengemukakan sebarang kemusykilan.

Sekian, harap maklum.

Yang benar,
untuk dan bagi pihak
Melaka ICT Holdings Sdn Bhd

Notis Privasi